Makluman Laman Web Rasmi Sekolah Model Khas Redang Panjang

Sila layari.......

http://www.smkrp2.ucoz.com

Thursday, October 9, 2008

Projek Hitam Putih Kehidupan (CERAH)

Projek ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling . Antara program yang telah dijalankan adalah pembacaan 5 minit berkenaan bahaya dadah, rokok, dan arak kepada pelajar di tapak perhimpunan setiap pagi. Selain itu, program mencipta poster, mencipta sajak, kuiz dadah, membina buku skrap berkenaan dadah, dan sayembara sajak . Aktiviti ini terbuka kepada seluruh warga sekolah. Guru-guru yang terlibat ialah guru-guru pusat sumber iaitu En. Zamri Idris, Pn. Nor Azlina, Pn. Rashida dan pembantu pusat sumber En. Razmin. Guru kaunseling Pn. Nor Saadah dan En. Rusli. Biro Rokok Encik Ahmad Bakhtiar.


Perasmian disempurnakan oleh PK HEM En Abd Ghafar.


Simbolik; memasukkan nama kedalam bakul "katakan tidak kepada rokok Dan Dadah"

Foto sudut AADK di PSS.


Majlis penyampaian hadiah.
Nukilan: s/u PPDa

No comments:

Jom berdiskusiii.........