Sebagai satu inisiatif dalam menyemai dan mmemupuk semangat cintakan negara Pusat sumber sekolah telah menjalankan projek khas sambutan kemerdekaan yang berlansung selama satu bulan. Anatara program yang telah dijalankan adalah seperti pertandingan mewarna yang dibahagiakan kepada dua katagori iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah, kuiz sejarah kemerdekaan yang menilai kepada aspek jawapan dan juga kreativiti pelajar, sayembara puisi, pertandingan mencipta replika pencapaian Malaysia daripada bahan terbuang dan juga pertandingan kuiz spontan pelajar. Selari dengan matlamat melahirkan pelajar yang celik sejarah tanah airnya pihak pusat sumber telah menjalankan aktiviti pembacaan tokoh-tokoh pejuang tanah air setiap perhimpunan pagi pelajar. Usaha ini diharap dapat memupuk semangat cintakan tanah air dan keinsafan tentang keperitan yang dilalui sebelum mencapai kemerdekaan. Kerjasama semua pihak iaitu pihak pentadbir , guru-guru pusat sumber dan En. Razmin diucapkan terima kasih.
Nukilan: Seri
No comments:
Post a Comment